Sabtu, 11 Jun 2011

once upon a time ago....

salam semua...
atas permintaan cm tercayang, harini aku wat entry sejarah.
khas buat cm sbb die ngajo sejarah.
aku nak crite pasal zaman kecik aku.

aku tak pasti adakah pengalaman zaman kecik aku ni sama tak ngan korang atau tidak.
sbbnye ia amat berbeza dgn pengalaman jiran sebelah umah aku.
malah dgn budak budak satu kelas ngan aku masa aku kecik dulu pun amat la berbezanye.

ok gini je la eh,
aku ni anak cikgu.
bapak aku cikgu.
mak aku pulak kerani.
masa aku kecik dulu aku heran kenapa mak aku kerani.
sbb mak org lain tak keje. huhuhuhu.
pagi pagi mak org lain sidai kain dan sapu laman umah.
tp mak aku dah buat pepagi subuh kala dan terus pegi keje.
ni bukan ayat poyo atau verlagak ye.
tp kesah benar tentang kanak kanak polos yg kompius tentang kehidupannye.
kekekekeke.
maybe kalau aku tinggal at taman taman aku tak berapa nak kompius kot.
tp sbb aku tinggal dlm kampung aku mmg kompius.

jd oleh kerana mak ayah aku agak educated,
maka aku mmg sejak kecik telah dijaga dgn disiplin yg waktu tu bukan saje aku pelik,
malah jiran jiran serta rakan rakan sepermainan aku juga pelik.
hihihihihi.

aku dijaga oleh atuk dan nenek serta makcik makcik aku yg duduk berdekatan dgn rumah aku.
keje aku tetiap hari ialah dok dalam rumah dok dalam rumah dan dok dalam rumah.
aku mmg tak bleh keluar dari pintu rumah aku kecuali mendapat kebenaran utk pegi umah nenek aku kat sebelah umah je.
di mana pintu rumah die betul betul tak sampai 5 meter dari pintu umah aku.
teramatlah sempitnye ruangan hidup aku ketika bergelar kanak kanak.
keje aku setiap hari ialah main main dan main sorang sorang.
pastu masa aku 4 tahun aku dah pegi tadika.

masa kat tadika ni aku dpt la bebas sket.
bukan pasal ape, tadika ni terletak dalam kawasan maktab perguruan perempuan melayu melaka, tempat mak aku keje.
jd bile kelas aku dah abis, bleh le aku merayap merayap keliling maktab sebelum bapak aku jemput aku pukul 1.
pun takde ape ektiviti yg menarik aku buat selama aku merayap tu.(tak jauh pun sbb mak aku akan survey kejap kejap supaya aku tak pegi jauh dari pandangan die).

setibenye aku di rumah, makcik aku akan suruh aku salin baju dan makan.
lepas makan aku pun biasanye aku akan lepak dgn atuk aku dgr die crite.
kat luar luar umah bebudak anak anak jiran dah main mcm nak terbalik pun aku kene gak dok dalam umah.
lepas aku dah boring dgr atuk aku crite, aku akan pegi dgr nenek aku pulak crite sambil bagi makan anak ayam.
nenek aku ni mak ayah aku.
atuk aku pulak ayah mak aku.
atuk aku tinggal sekali ngan aku.
nenek aku tinggal sebelah umah.

pastu cukup time kul 4, makcik aku iaitu adik bongsu mak aku, yang juga tinggal ngan aku akan suruh aku mandi.
hihihihihi.
mcm asrama kan kan kan?
pastu die akan bg aku minum ptg.
mmg best la biasanye minum ptg kat umah aku ni.
byk kuih muih dan mee ke hape.
ni antara meal wajib sbb ni time mak aku balik keje.
lepas minum biasanye aku akan tunggu rancangan tv mula.
sambil tu aku tgh mengharap yg mak aku akan join makcik makcik lepak kat tangga umah nenek aku supaya aku bleh amik peluang ikut die dan menghirup udara segar kat luar nuuuu.
kalau tak aku dok la kat umah tgk mukaddam. ala rancangan femes kat tv tuuuu time tu.

pastu lepas megrib kitorg akan makan malam.
dan pukul 8 aku kene tido.

hihihihihi.
seronok kan hidup aku????

lagi satu frasa hidup aku yg agak pelik. tp aku suke.
nenek dan datuk aku sgt sayang dgn aku...
dan aku pun sgt sayangkan mereka sbb aku cume ade sorang atuk dan sorang je nenek.
meh aku crite camne cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka.

atuk,
atuk aku ni sentiasa pastikan yg aku ni cantek jelita dan kemas.
kire mcm fashion consultant aku la atuk aku ni.
die akan pastikan kuku aku sentiasa dipotong.
pakaian aku sentiasa cantek.
bukan pakaian luar je.
yg dalam dalam pun.
kalau dah tak cantek die bako.
kekekeke.
pastu die belikan yg baru.
time aku skola rendah, die akan pastikan setiap hari kasut aku berbasuh.
ni yg paling ketara pelik sbb kawan kawan aku heran kenapa kasut aku sentiasa putih.
ade sekali musim hujan dan semua kasut aku tak kering.
die pegi belikan yg baru ko.
hamik.
die juga lah yg tukang asahkan pensel aku....tetiap hari.
dan die lah juga manusia pertama yg ajar aku pasal syurga dan neraka.
semoga roh atuk ditempatkan disyurga.... amin.
atuk aku meninggal masa umur aku 11 tahun.
aku sgt sgt sgt terkesan atas pemergian nye...
masa tu la aku baru nak belajar potong kuku sendiri.
bukan itu je...
aku juga kene belajar gosok baju sendiri, basuh kasut sendiri, dan cari baju aku sendiri dalam almari!!! (sebelum ni semuanye atuk aku yg buat)
aku sgt rindukan atuk.

ok jom crite pasal nenek aku.
nenek aku ni pulak akan sentiasa pastikan aku selamat.
nenek aku akan sentiasa cek rambut aku ade kutu ke tak.
kalau ade alamat aku akan terpaksa menyerahkan kepala aku kepada makcik aku utk diselesaikan masalah kekutuannye.
pastu kawasan larangan yg nenek aku tak bg aku masuk langsung ialah dapo.
kekekekeke.
die takut aku terbako.
aku juga tak boleh lintas jalan.
kalau terpaksa jugak, maka die akan lintaskan.
aku juga tak boleh memanjat, nnt aku jatuh.
dah aku tak leh masuk dapo kan, maka ape saje yg berkaitan dgn dapo aku tak leh buat kecuali buang akar taugeh.
bukan time kekecik je tau.
smpi aku abis spm dan aku nak belajar memasak, nenek aku akan teman aku dan pastikan aku selamat dari segala bencana dapo.
kekekekeeke.
nenek aku meninggalkan kami semua ketika umur aku 21 tahun...
dan aku sgt merindui die...
setiap kali aku cuti, keje aku ialah potong kuku nenek aku.
nenek aku juga akan sentiasa pastikan ade bekalan utk aku kat asrama setiap kali mak ayah aku dtg melawat.
semoga nenek ditempatkan disyurga.... amin...

ok la... panjang dah rasanye crite aku ni...
semoga korang gembira membacanye...
insyaallah aku akan sambung lg...
wassalam.

Tiada ulasan: