Jumaat, 4 Mac 2011

PRK dun Merlimau.

assalamualaikum...
aku bangga jadi org melaka...
melaka ni mmg suke berpesta...
skang ni kan kat merlimau tgh nak ade pilihan raya kecil kan.
wah wah wah... mcm mcm adaaa kat sana.
aku pegi melawat td...
anak kecik aku kata die pegi pasar pagi..
sbbnye rupe kat merlimau tu mmg serupe cam paso mlm kan.
oleh kerana masih terang, so die panggil le paso pagi.
tegelak jgk aku dengo td masa die bgtau akak die time aku jemput akak ngan abg die dari skola agama td.


memula kite mesti le tunjuk gambo bendera.
benonye ade byk lg gambo.
espsesyeli gambo kat gerai gerai kat bilik biliik gerakan.
tp gambo tu dah salah save.
tak leh bkk kat laptop aku ni.
adehhhhh.
sabo je le.
ko tgk je la mana gambo yg ade dlm henpon aku ni ha.
niat ati nak le tunjuk kat korang gambo dari kemere mahal le kunun.
dah nama pun kemere pinjam.
jd lom le aku ni arif sgt menggunakannye.
gerai bilik gerakan pas tak bkk td.
bkk malam kot.
yang bkk cume gerai kat bilik gerakan barisan nasional.
macam macam la jgk ade.
baju kurung rm50 sepasang... pehhhh. kire hapening sudah tuuuu.
tp aku tak beli. mana muat. kuang kuang kuang.
agak kat gerai bilik gerakan pas ade tak jual jubah jubah lawo lawo?
aku ingat mcm nak pegi balik je mlm kang. huhuhuhu.
aku kan mmg anak jati melaka.
kami mmg suke berpestaaaaaaaaaaaa.
hahahahaha.

ha ko tgk acik acik ni ha....
haus die gi kempen.
berenti kejap beli goreng pisang ngan air sejuk.
sempat gak die ketuk tingkap kete aku.
dia bg mak aku risalah pasal calon yang bertanding.
apa eh nama die...
haaaaaa..... Roslan Ahmad namanye.

aku le ni...
bkn calon mana mana pun.
aku tgh syiok tgk pemandangan.
aku ni mmg lahir tgh bando.
umah aku ngan bandar hilir bleh jalan kaki je.
tambang bas dari umah aku pi melaka central, tak smpi singgit.
so kalau sesekali dpt lalu kat kg kg ni aku mmg jd cam pelik la sket.
tgk umah, depan ade pokok pokok bunga...
cantek. aku suke.
kat kawasan aku yg memerintah adalah DAP.
miahahahaha.
ko vote le sape pun, sure DAP yg menang.
mak aku kata ni mmg kawasan die...
aku ni bukan suke sgt crite pasal politiks nih...
saje je dah telanjur crite pasal PRK dun merlimau.
aku gi reramai anak beranak siap ngan mak ngan adik aku sekali td bkn ape.
saje duke tgk bendera byk byk.
cam meriah pulak.
cam merdeka...
harmoni je nmpk.
kat Melaka ni mmg jarang ko dgr gaduh gaduh...
semuanye tenang saje.
yg selalu ko dgr kat melaka ni pesta je.
pesta sungai la pesta konvo la. erk??? pesta la gak kan.
abih td byk wooo polis.
jgn risau pak pak polisi.
org melaka ni mmg aman dan damai.
takde gaduh gaduh.
kami suke shopping shopping dan makan makan je.
walaupun bahasa kami agak kasar.
aku lom penah lg dgr kat melaka ade rusuhan.
insyaallah takkan ade.
ko tau kalau tersekat kat jam kat melaka ni pun jarang ko dgr org hon hon.
doooooook je dendiam dlm kete.
best kan melaka.
sbb tu pantang je cuti ramai la berpusu pusu dtg melaka ni ha.
makan pun sedap sedap belaka.

ha ko tgk pak pak polisinye kubu kat Merlimau ni ha.
kusemangat aku nengokkan.
beso kooooo.
punye ramainye polis.
hasben aku kata satu malaysianye polis turun.
takut ade rusuhan...
insyaallah taaaaak.
baik baik org Melaka ni...
kite doakan esok dan hari seterusnye Melaka terus aman dan tenang.
amin.
aku bangga jd anak melaka.
wassalam.

Tiada ulasan: